Monday, March 31, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran: 14 dikhuatiri maut

    KIEV, 5 DIS – Seramai 14 orang masih hilang dalam insiden kebakaran yang telah meragut nyawa beberapa orang pelajar di Pelabuhan Bandar Odessa, Selatan Ukraine, Presiden Volodymyr Zelensky berkata kelmarin.

    Kebakaran itu bermula di bangunan kolej di Pusat Odessa pada Rabu lalu, membunuh seorang pelajar wanita berumur 16 tahun dan mencederakan 27 lagi lainnya.

    Walaupun kebakaran itu berjaya dipadamkan pada sebelah pagi kelmarin, bagaimanapun anggota bomba masih bergelut untuk terus mencari mangsa yang terselamat dalam bangunan enam tingkat yang musnah dijilat api itu.

    ‘Kami berharap 14 orang yang dipercayai hilang, akan segera ditemui dalam tempoh yang singkat dan berada dalam keadaan selamat. Tetapi saya perlu berterus terang bahawa berkemungkinan terdapat lagi banyak mangsa yang masih belum dijumpai,’ kongsi Zelensky dalam Facebook.

    Dalam kejadian itu, tujuh anggota bomba merupakan antara mereka yang tercedera dan lima lagi dalam keadaan serius. “Kami sentiasa berdoa untuk keselamatan mereka,” tambah Zelensky, 41. “Kita tahu doktor masa ini sedang berusaha sedaya yang mampu untuk menyelamatkan mereka.”

    Pihak berkuasa kini sedang melakukan penyiasatan terhadap kejadian itu.

    Datuk bandar Odessa berkata bandar itu akan melakukan hari berkabung selama dua hari bermula kelmarin dan hari ini. – AFP

    Seorang wanita dimasukkan ke
    dalam ambulans untuk dibawa ke hospital selepas insiden kebakaran yang bermula Rabu lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda