YANGON, 20 JULAI – Sebuah pembesar suara Bluetooth yang ditinggalkan dalam keadaan dicas mengakibatkan kebakaran yang memusnahkan lapan rumah di Wilayah Mandalay, tengah Myanmar, lapor Xinhua.
Kebakaran berlaku kira-kira 7:53 malam waktu tempatan kelmarin di Perbandaran Mahaaungmye dalam Wilayah Mandalay, menurut seorang pegawai dari Jabatan Bomba Wilayah Mandalay kepada Xinhua.
Kebakaran bermula semasa pembesar suara Bluetooth yang sedang dicas menyebabkan baterinya meletup, membakar pakaian berdekatan dan api kemudian merebak, katanya.
Seramai 37 orang dari 13 isi rumah terjejas, namun tiada kematian dilaporkan. – Bernama
