Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kebakaran apartmen Jepun ragut 4 nyawa

    TOKYO, 22 JAN – Kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri di Kobe di barat Jepun mengorbankan empat lelaki dan empat lagi dalam keadaan kritikal awal hari ini, kata seorang pegawai.

    Pihak bomba telah dimaklumkan mengenai kebakaran di bangunan tiga tingkat itu melalui panggilan kecemasan sekitar jam 1:30 pagi.

    Empat mayat ditemui selepas dipadamkan. Empat lelaki lain, berumur antara 40an dan 70an, dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri, Masatoshi Sumitani di jabatan bomba Kobe berkata.

    Kebanyakan penghuni bangunan itu dipercayai lelaki warga emas, kata laporan media Jepun, memetik penduduk lain di bangunan itu.

    Asap hitam kelihatan keluar dari tingkap di tingkat satu ketika kebakaran berlaku, lapor Kyodo News.

    Polis mula menyiasat punca kebakaran lewat hari ini, kata Sumitani. – AFP

    Pegawai bomba menyiasat punca kebakaran setelah insiden tersebut meragut empat nyawa pada awal kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...