MADRID, 11 OKT – Kebakaran di sebuah bangunan di barat laut Sepanyol telah mengorbankan empat kanak-kanak, hari ini kata pihak berkuasa, satu tragedi baharu ketika Sepanyol berduka atas tragedi kebakaran di kelab malam yang mengorbankan beberapa orang lebih seminggu lalu.
Kebakaran hari ini di bandar pantai Vigo masih dalam siasatan, tetapi pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa mangsa berusia antara sembilan hingga 14 tahun.
Sembilan orang lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku sekitar 4 pagi di aras bawah bangunan.
Anggota bomba berjaya memadamkan api tiga jam kemudian.
Satu pasukan pakar psikologi berada di tempat kejadian bagi membantu ahli keluarga mangsa, kata perkhidmatan kecemasan.
Vigo merupakan sebuah bandar dengan hampir 300,000 penduduk yang terletak di pantai Atlantik di wilayah Galicia Sepanyol, kurang daripada 30 kilometer ke utara dari sempadan dengan Portugal.
Presiden wilayah Galicia, Alfonso Rueda, berkata dia terkejut dengan kebakaran itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. – AFP


