Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran belukar, salji turun serentak di Australia

    SYDNEY, 16 OKT – Negeri Australia New South Wales (NSW) mengalami campuran cuaca sejuk dan panas hari ini, ketika salji musim bunga turun di kawasan selatan manakala timur laut negeri itu bergelut dengan risiko kebakaran yang tinggi hingga ekstrem.

    Penduduk di tenggara NSW, termasuk Jindabyne dan Cooma, bangun dengan salji yang tebal turun di komuniti mereka disebabkan oleh pengaruh udara kutub yang melanda kawasan itu.

    Menurut penyedia perkhidmatan meteorologi Weatherzone, salji telah turun ke paras yang agak rendah menjelang tengah hari, dengan kepingan salji yang berselerak di atas tanah serendah 1,100 meter di kawasan Snowy Mountains di NSW.

    Sementara itu, di timur laut negeri, larangan kebakaran telah dikenakan di kawasan Greater Sydney, Greater Hunter, Far North Coast, North Coast, New England, Northern Slopes, North Western dan kawasan Upper Central West Plains.

    “Sehingga 6 petang waktu tempatan, terdapat 77 kebakaran sedang berlaku di seluruh negeri, dengan 38 daripadanya belum terkawal.

    Tiga daripada kebakaran itu berada pada tahap amaran kecemasan. Lebih 800 anggota bomba dan pakar pengurusan insiden sedang bekerja di seluruh negeri,” lapor Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS) NSW, hari ini.

    “Hari ini, angin kencang telah menimbulkan cabaran kepada pasukan di beberapa kawasan kebakaran.

    “Khususnya, anggota bomba yang bekerja di Willi Willi Rd Fire barat laut Kempsey telah mengalami ciri-ciri kebakaran yang tidak menentu dan berbahaya,” kata pihak berkuasa bomba. – Xinhua

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda