Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran besar berjaya dipadamkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Api yang marak membakar sebahagian besar sebuah syarikat kitar semula di Kampung Serasa hampir 24 jam akhirnya berjaya dipadamkan hari ini.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan kebakaran pada jam 12:50 tengah hari semalam (30 Mac) mengerahkan 22 anggota bersama 10 buah jentera bomba dari sembilan balai bomba dengan diketuai Ketua Pemerintah Operasi SSFR Shahrin bin Haji Mohd Jawie ke tempat kejadian.

    Sejurus tiba, mereka mendapati api besar menjulang tinggi menyelubungi sebahagian kawasan pembuangan kereta buruk Syarikat Daikyo Environment Recycling Sdn Bhd disebabkan kebakaran tayar kereta terpakai.

    Anggota dari balai bomba termasuklah Bandar Seri Begawan, Muara, Mentiri, Berakas, Rimba, Lambak, Beribi dan Unit Operasi Wanita dan FCP mengambil masa sehingga 11:57 pagi ini (31 Mac) untuk memadamkan keseluruhan kebakaran dengan menggunakan busa (foam).

    Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran mengambil masa yang lama untuk dipadamkan kerana ia melibatkan banyak tayar terpakai dan besi buruk. Walau bagaimanapun, tiada korban jiwa dilaporkan.

    Punca kebakaran bagaimanapun masih disiasat.

    Api membakar sebahagian kawasan kilang kitar semula di Kampung Serasa.
    Api membakar sebahagian kawasan kilang kitar semula di Kampung Serasa.
    Anggota dari sembilan balai bomba berdekatan mengawal kebakaran di kawasan kejadian.
    Anggota dari sembilan balai bomba berdekatan mengawal kebakaran di kawasan kejadian.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda