ATLANTA, 31 Mac – Kebakaran besar mengakibatkan jambatan antara negeri hampir runtuh semasa hari sibuk kelmarin di Interstate 85 di Atlanta, hanya beberapa minit selepas para saksi berkata polis menyekat lalu lintas dan menghalang kereta daripada melintasi jambatan tersebut.
Bagaimanapun, kata pegawai tiada sesiapa cedera meskipun imej dramatik api marak dan asap berkepul-kepul.
Atlanta Journal-Constitution melaporkan, kebakaran itu menyala lebih satu jam di kawasan berhampiran Piedmont Road, mencetuskan kepulan asap besar ke ruang udara.

Impaknya ke atas lalu lintas tidak diketahui namun trafik kesesakan lalu lintas berlaku berhampiran jalan tersebut malam semalam ketika orang ramai bergelut untuk mencari jalan alternatif. Jabatan Pengangkutan telah memberi amaran kepada semua pengguna jalan raya untuk menjauhi kawasan kejadian.
“Ini adalah krisis pengangkutan yang paling serius kami pernah bayangkan,” kata Datuk Bandar, Kasim Reed.
Pegawai pengangkutan negeri berkata tiada ada cara lain untuk memberitahu bila lebuh raya yang dilintasi oleh 250,000 kereta sehari itu, boleh dibuka semula. – AP