LONDON, 30 OKT – Anggota bomba di barat laut England hari ini bertarung dengan “kebakaran besar” di limbungan kapal selam nuklear milik firma senjata, yang menyebabkan dua orang dibawa ke hospital.
Pegawai menegaskan bahawa ‘tiada risiko nuklear’ daripada kebakaran itu, yang berlaku di tapak BAE Systems di Barrow-in-Furness di Cumbria awal hari ini.
Kapal selam yang bersenjata dan berkuasa nuklear Tentera Laut Diraja dibina di limbungan kpal itu.
“Perkhidmatan kecemasan masih berada di lokasi BAE bagi menangani kebakaran besar di lokasi itu,” kata Forum Ketahanan Tempatan Cumbria dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis.
“Tiada risiko nuklear,” tambahnya.
Kenyataan sebelum ini menyatakan bahawa dua orang itu telah dibawa ke hospital kerana disyaki terhidu asap.
Penduduk yang tinggal berhampiran limbungan kapal telah diberitahu agar menutup pintu dan tingkap serta mengelak daripada berada di kawasan itu sementara perkhidmatan kecemasan masih berada di situ. – AFP