Thursday, January 30, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran besar musnahkan dewan bandaraya Paris

    PARIS, 27 JAN – Kebakaran besar yang berlaku kelmarin hingga hari ini telah memusnahkan bumbung dan menara loceng dewan bandaraya di daerah ke-12 Paris, menurut pihak polis dan bomba.

    Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih belum diketahui.

    Seramai 150 anggota bomba mengambil masa tiga jam untuk mengawal kebakaran yang melibatkan menara loceng setinggi 36 meter pada bangunan abad ke-19 itu, kata jurucakap bomba, Matthieu Lamouliatte.

    Ketua Polis Paris, Laurent Nunez, berkata bahawa masih terdapat ketidakpastian mengenai kestabilan menara tersebut, yang berisiko runtuh.

    “Penilaian keseluruhan mungkin mengambil masa beberapa hari,” katanya kepada penyiar RTL.

    Walaupun punca kebakaran belum dikenal pasti, Nunez menyatakan, “Pada tahap ini, tiada bukti menunjukkan ia berkaitan dengan unsur jenayah.”

    Lamouliatte menambah bahawa “empat tiang utama menara loceng tidak terjejas” dan arkitek Paris akan membuat pemeriksaan lanjut untuk menilai risiko keruntuhan. – AFP

    Gambar menunjukkan bumbung dan menara dewan bandar daerah ke-12 Paris terbakar kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda