Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Kebakaran depoh bahan api ragut 19 jiwa

    JAKARTA, 5 MAC – Anggota bomba dan penyelamat Indonesia hari ini mencari tiga mangsa yang masih dilaporkan hilang selepas kebakaran besar di sebuah depoh bahan api di ibu kota dan mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang.

    Stesen penyimpanan bahan api Plumpang, yang dikendalikan oleh sebuah syarikat milik negara, Pertamina, terletak berhampiran kawasan padat penduduk di kejiranan Tanah Merah di Utara Jakarta. Ia membekalkan 25 peratus daripada keperluan bahan api Indonesia.

    Sekurang-kurangnya 260 orang anggota bomba dan 52 buah jentera dikerah untuk memadam kebakaran sebelum tengah malam pada Jumaat setelah selepas memusnahkan kawasan kejiranan selama lebih dua jam, kata pegawai bomba.

    Rakaman video menunjukkan ratusan orang berlari dalam keadaan panik selepas kepulan asap hitam dan api memenuhi udara.

    Presiden Indonesia, Joko Widodo mengunjungi kawasan yang terjejas pagi hari ini bagi memberi jaminan kepada penduduk bahawa pihak kerajaan akan membantu mereka yang memerlukan.

    Widodo berkata dia telah mengarahkan menteri perusahaan milik negara dan gabenor Jakarta untuk segera mencari jalan untuk memindahkan penduduk daripada kawasan penyimpanan bahan api atau memindahkan depoh daripada kawasan tersebut. – AP

    Para penduduk memeriksa kerosakan selepas kawasan kejiranan mereka musnah akibat kebakaran di depoh penyimpanan bahan api di Jakarta. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...