FLAGSTAFF, ARIZ, 13 JUN – Pemindahan berkuat kuasa di bahagian utara Arizona ketika kebakaran hutan kira-kira 9 kilometer di utara Flagstaff semakin meningkat kelmarin, menurut kenyataan pihak berkuasa.
Pegawai Hutan Negara Coconino berkata, Kebakaran Saluran Paip telah dilaporkan pada 10:15 pagi oleh petugas pemadam kebakaran dan telah membakar kira-kira 4,000-5,000 ekar lewat kelmarin.
Susulan kebakaran itu, penguatkuasa undang-undang Perkhidmatan Hutan berkata, mereka telah menahan dan mendakwa seorang lelaki berusia 57 tahun atas pelanggaran sumber asli.
Punca kebakaran hutan walau bagaimanapun masih belum diketahui.
Pegawai Syerif Daerah Coconino berkata, resort ski Arizona Snowbowl dan orang yang tinggal di kawasan Jalan Laluan Schultz barat adalah dimestikan berpindah dan orang yang tinggal di Doney Park serta kawasan berhampiran Mt. Elden juga harus bersedia.
Dalam pada itu, Persatuan Palang Merah Amerika Arizona juga membuka tempat perlindungan di Sekolah Menengah Sinagua bagi penduduk yang berpindah. – AP
