ORLANDO, 9 APRIL – Polis memberi amaran kepada orang ramai di Hamburg, Jerman, untuk menutup tingkap mereka hari ini selepas kebakaran besar yang melanda beberapa gudang mencetuskan asap hitam sarat kimia merebak di bandar itu.
Agensi berita Jerman dpa berkata, kebakaran berlaku sekitar 4:30 pagi di daerah Rothenburgsort, yang terletak di bahagian timur bandar kedua terbesar di Jerman itu.
Asap merebak dari sana menuju ke arah pusat bandar, menangguhkan operasi kereta api jarak jauh antara Hamburg dan Berlin serta bandar-bandar lain.
Amaran keselamatan awam yang disampaikan melalui aplikasi telefon mudah alih menasihatkan orang ramai di Hamburg untuk menutup tingkap, mematikanpengudaraan dan penghawa dingin serta mengelakkan kawasan tersebut.
Namun, tiada kecederaan dilaporkan. – AP


