Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran di Hawaii: Korea Selatan sedia bantu

    SEOUL, 14 OGOS – Korea Selatan memutuskan untuk memberi bantuan kemanusiaan bernilai AS$2 juta kepada Hawaii bagi menangani kemusnahan akibat kebakaran hutan di Pulau Maui baru-baru ini.

    Kebakaran hutan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 93 orang, menjadikannya kebakaran yang meragut nyawa paling ramai di Amerika Syarikat dalam tempoh lebih seabad, dengan kerugian dianggarkan AS$6 bilion, lapor agensi berita Yonhap memetik dari Kementerian Luar Korea Selatan pada hari ini.

    Seoul merancang menghantar bantuan air, makanan dan barangan lain selain bantuan kewangan kepada organisasi bantuan tempatan.

    “Kami berharap bantuan itu dapat membantu kerajaan Hawaii pulih dengan cepat daripada bencana itu dan penduduk yang terjejas dapat kembali menjalani kehidupan harian mereka.

    “Bantuan itu juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan mesra antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan kementerian. – Bernama

    Rumah dan kereta yang musnah kelihatan di Lahaina, Hawaii pada 13 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda