Thursday, February 13, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran di kilang penapisan minyak Indonesia berjaya dipadam

    JAKARTA, 26 MEI – Anggota bomba telah memadamkan kebakaran di kilang penapisan minyak Indonesia di wilayah Kalimantan Timur, kelmarin, tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, kata seorang pegawai.

    Kebakaran berlaku kira-kira jam 4 pagi di unit penyulingan mentah IV kilang penapisan Balikpapan yang terletak di bandar Balikpapan, yang dikendalikan oleh firma minyak dan gas milik negara Indonesia PT Pertamina, menurut Bayu Arafat, pengurus besar Kilang penapisan antarabangsa Pertamina untuk unit Balikpapan.

    Api berjaya dipadamkan pada 7:30 pagi, kata pegawai itu.

    “Anggota bomba telah berjaya mengawal keadaan dan sekarang adalah masa untuk proses penyejukkan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kejadian itu tidak mengganggu bekalan minyak kepada pengguna, menurut pegawai itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda