Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran di kilang Warren Buffet dipadamkan

    CAEN, 27 SEPT – Pasukan bomba berjaya memadam kebakaran besar di sebuah kilang kimia di utara Perancis dan memaksa pihak berkuasa menutup sekolah, kata pihak berkuasa tempatan, hari ini.

    Bomba juga memberi amaran bakal berlaku risiko pencemaran terhadap Sungai Seine.

    Kebakaran itu dikatakan berlaku awal pagi Khamis di sebuah stor milik syarikat Lubrizol pengeluar minyak pelincir dan bahan tambahan, milik pelabur terkemuka Amerika, Warren Buffett, dekat bandar Rouen.

    Menurut pihak berkuasa, tidak ada sesiapa yang cedera dalam kebakaran itu, yang menyebabkan asap hitam merebak sejauh 22 kilometer.

    “Api berjaya dipadamkan…Kami mengekalkan anggota di tapak tersebut bagi menyejukkan semua dram,” kata jurucakap perkhidmatan bomba kawasan, Chris Chislard. Menurutnya, asap putih masih lagi keluar dari kilang dan terdapat ‘bau yang tidak menyenangkan.’

    Lebih daripada 200 anggota bomba dikerahkan bagi menangani kebakaran kilang itu yang terletak hanya beberapa kilometer dari pusat bandar sekitar 100,000 orang.

    Lubrizol mengatakan kebakaran merosakkan sebuah kemudahan penstoran, gudang dram dan sebahagian bangunan pentadbiran namun punca kebakaran belum diketahui. – AFP

    Kerosakan yang berlaku ke atas kilang Lubrizol akibat kebakaran di Rouen, barat daya Perancis. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda