Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran di Manila, satu maut

    MANILA, 29 April – Kebakaran telah merebak melalui tingkat atas bangunan kediaman 21 tingkat di ibu negara Filipina di tengah-tengah musim panas mengakibatkan seorang wanita tua maut di tingkat atas dan lima orang yang lain cedera, pegawai berkata.

    Mejar Edwin Olivarez memberitahu The Associated Press melalui telefon, lebih dari 100 buah jentera bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang melanda kondominium Pacific Coast Plaza di bandar Paranaque, di mana satu lorong jalan di sepanjang Manila Bay ditutup akibat serpihan yang jatuh.

    Semasa kejadian, seorang ahli bomba diberi pertolongan cemas kerana keletihan.

    Olivarez berkata pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran tiga jam kemudian dan pegawai bertugas akan menyiasat punca kebakaran dan menilai kerosakan. – AP

    Penduduk sekitar menyaksikan kejadian kebakaran yang berlaku di kondominium Pacific Coast Plaza, di bandar Paranaque, Filipina. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda