Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran di Mesir ragut tujuh nyawa

    KAHERAH, 20 DIS – Tujuh orang maut dalam kebakaran sebuah bengkel lilin di bandar Shubra El-Kheima, wilayah Qalyubia, utara ibu negara Kaherah kelmarin, menurut Xinhua yang memetik laporan media rasmi.

    Bengkel itu terletak di tingkat satu sebuah bangunan kediaman bertingkat, dan kebakaran turut merosakkan sebuah bilik di tingkat dua, lapor akhbar milik kerajaan Akhbar El-Yom.

    Pasukan perlindungan awam telah mengawal kebakaran, dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Awam Nasser di bandar itu, menurut laporan berkenaan.

    Pendakwa raya telah mengarahkan siasatan segera mengenai punca kebakaran itu.

    Siasatan awal mendapati bengkel berkenaan beroperasi tanpa lesen dan tidak sepatutnya beroperasi di kawasan kediaman. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda