Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran di Pulau Canary dapat dikawal

    MADRID, 26 OGOS – Kebakaran yang melanda pulau percutian Sepanyol, Gran Canaria lebih dari seminggu akhirnya berjaya dikawal, kata perkhidmatan kecemasan hari ini.

    Dalam Twitter, mereka berkata kebakaran telah ‘diumumkan dikawal’ oleh kerajaan serantau.

    “Kru lapangan akan meneruskan kerja di kawasan itu sehingga ia benar-benar terpadam.”

    Kebakaran bermula 17 Ogos itu telah mengancam beberapa taman semula jadi yang kaya biodiversiti dengan ribuan penduduk yang dipindahkan mula dibenarkan pulang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda