Saturday, March 29, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran di Pulau Sumatera Selatan menghampiri kawasan perumahan

    PALEMBANG, INDONESIA, 18 OGOS – Anggota bomba hari ini berusaha untuk memadam kebakaran tanah gambut di Pulau Sumatera, Indonesia, yang semakin marak berhampiran kawasan perumahan yang padat penduduk.

    Usaha mengawal kebakaran semakin sukar disebabkan oleh kelengkapan memadam kebakaran yang terhad dan sumber air yang jauh, kira-kira satu jam perjalanan ke lokasi kebakaran di perkampungan Pulau Negara di wilayah Sumatera Selatan.

    Penduduk tempatan turut membantu anggota bomba disebabkan kebakaran berlaku berhampiran kediaman mereka. Jumlah rumah yang risiko masih belum diketahui.

    Kebakaran bermula di kawasan semak dan pokok pada Rabu dan marak berhampiran lebuh raya yang menghubungkan ibu kota daerah Ogan Ilir ke Palembang, ibu kota wilayah Sumatera Selatan.

    “Pasukan petugas tempatan berusaha untuk menghalang kebakaran daripada merebak hingga ke tol jalan mengakibatkan asap tebal,” kata Haniman, pegawai tempatan dari pasukan petugas pemadam kebakaran.

    Kebakaran hutan dan tanah adalah masalah tahunan di Indonesia yang turut memberi kesan kepada negara-negara jiran. Asap daripada kebakaran meliputi beberapa buah kawasan di Indonesia, Singapura, Malaysia dan selatan Thailand dengan jerebu yang berbahaya.

    Kebakaran pada musim kering di Indonesia terutama yang paling buruk pada 2015, memusnahkan 2.6 juta hektar tanah. Bank Dunia menganggarkan kerugian kebakaran yang ditanggung oleh Indonesia adalah AS$16 juta, dan kajian daripada Havard dan Columbia menganggarkan jerebu mempercepatkan 100,000 kematian di rantau itu.- AP

    Kebakaran yang merebak hingga ke kawasan berhampiran lebuh raya di Ogan Ilir, Sumatera Selatan.- AP 

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda