MOSCOW, 3 OGOS – Kebakaran besar memusnahkan sebuah gudang di luar Moscow hari ini, mencederakan sekitar 11 orang, kata pegawai.
Kebakaran, di sebuah gudang milik peruncit dalam talian terkemuka Rusia, Ozon, menjejaskan kawasan seluas 50,000 meter persegi.
Kepulan asap hitam menyelubungi ruang udara di kawasan dekat bandar Istra barat laut Moscow.
Pegawai berkata dua daripada mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital.
Kementerian Kecemasan Rusia mengatakan dua helikopter bomba terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut. – AP