Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kebakaran gudang perabot ragut lima nyawa

    JAKARTA, 3 JULAI – Kebakaran dahsyat di sebuah gudang perabot di Bandar Bekasi telah meragut lima nyawa – sepasang suami isteri dan dua anak serta seorang anak saudara mereka.

    Saksi kejadian melaporkan kebakaran bermula awal pagi tadi di Jalan Tugu di Kampung Jatikramat, Daerah Jatiasih, Bandar Bekasi, Jawa Barat.

    Penduduk tempatan, Eka menggambarkan bagaimana api semakin marak dengan cepat, dicetuskan oleh bahan mudah terbakar seperti plastik dan penyapu, meliputi gudang dan kawasan kediaman berdekatan.

    “Saya terdengar jeritan meminta tolong dari dalam,” kata Eka kepada portal berita tempatan, Sindonews, menceritakan usaha untuk membantu yang terhalang oleh api yang marak.

    Mangsa yang dikenali sebagai Pengurus Gudang, Suryan dan Nelly, bersama anak-anak mereka Azzahra dan Arssyla, serta anak saudara mereka Endah, gagal menyelamatkan diri daripada api yang merebak dengan pantas.

    Walaupun terdapat usaha pekerja untuk menyelamatkan keluarga itu, mereka tidak sempat berbuat demikian. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...