Friday, October 4, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hospital Taiwan ragut lapan nyawa

    TAIPEI, 3 OKT – Kebakaran di sebuah hospital di Daerah Pingtung, selatan Taiwan hari ini meragut lapan nyawa setakat 1 petang waktu tempatan, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

    Kerajaan Daerah Pingtung memaklumkan bahawa enam lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia walaupun usaha menyelamat dijalankan.

    Jabatan bomba menerima laporan pada 7:41 pagi mengenai kepulan asap tebal yang keluar dari sebuah bangunan di Hospital Memorial Antai Tian-sheng.

    Bercakap kepada media, Dekan Kehormat hospital, Su Ching-chyuan menjelaskan bahawa kebakaran berpunca daripada pembakaran pemampat udara di bilik mesin bangunan hospital. – Bernama

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda