BRIDGEPORT, CALIFORNIA, 29 JUN – Kebakaran hutan yang meletus di California Utara memaksa pemindahan penduduk kerana ia mengancam kira-kira 500 buah rumah dan bangunan lain kelmarin, menurut pihak berkuasa.
“Kebakaran yang digelar sebagai The Rices Fire itu berlaku kira-kira jam 2 petang berhampiran Sungai Yuba di Nevada County dan telah merebak ke lebih kawasan seluas 500 ekar menjelang malam,” kata Ketua Unit dari Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Brian Estes.
“Api juga telah mengancam talian elektrik, sistem penghantaran air dan taman-taman negeri,” tambahnya.
Kawasan luar bandar terletak di Sierra Nevada, timur laut Sacramento dan kira-kira separuh jalan antara Capitol negeri dan sempadan Nevada.
Pihak berkuasa sebelum ini berkata bahawa kebakaran bermula dengan bangunan yang terbakar dan api kemudian merebak membakar tumbuh-tumbuhan kering berhampiran.
Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar petang kelmarin, Estes berkata beliau tidak dapat mengesahkan laporan mengenai bangunan yang telah musnah.
“Kira-kira 350 buah bangunan rumah dan bangunan lain berada di bawah arahan pemindahan,” kata Sheriff daerah, Shannan Moon. – AFP
