Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Kebakaran hutan ancam penduduk pergunungan

-

LOS ANGELES, 9 SEPT – Anggota bomba hari ini bergelut untuk mengawal kebakaran hutan California yang semakin teruk apabila ia merebak di tengah-tengah cuaca panas melampau dan memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri dari komuniti pergunungan di negeri itu.

Kebakaran Fairview di California Selatan meliputi kira-kira 37 batu persegi dari Riverside County, hanya 5 peratus berjaya dikawal. Dua orang disahkan maut ketika melarikan diri dari kebakaran pada Isnin lalu dan sekurang-kurangnya 11 bangunan telah musnah. Lebih 18,000 buah rumah diancam oleh kebakaran, kata pegawai petang kelmarin.

Di utara Sierra Nevada, kebakaran yang di luar kawalan membakar tanah seluas 20 batu persegi dan mengancam 3,600 buah rumah di daerah Placer dan El Dorado, menyebabkan wilayah itu diselubungi asap tebal.

Kebakaran hutan merentasi Sungai Amerika, membakar bangunan di gunung Volcanoville dan bergerak lebih dekat ke bandar Foresthill menempatkan kira-kira 1,500 orang dan Georgetown dengan 3,000 orang.

Jurucakap bomba, Chris Vestal menyebut kebakaran yang bergerak pantas itu sebagai ‘ancaman kebakaran yang melampau dan kritikal.’

Kira-kira 100 batu ke timur, Bahagian Perlindungan Alam Sekitar Nevada memberi amaran kepada penduduk awam di kawasan Reno bahawa kualiti udara adalah berbahaya disebabkan asap kebakaran.

California berdepan ancaman cuaca apabila gelombang haba yang melanda menjejaskan grid tenaga dan kelembapan ribut tropika mencetuskan ribut petir dan banjir. – AP

Anggota bomba memadam kebakaran hutan berhampiran komuniti Foresthill. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -