Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan berjaya dikawal selepas 10 hari

    DAMSYIK, 13 JULAI – Agensi pertahanan awam Syria hari ini mengesahkan bahawa kebakaran hutan yang melanda kawasan barat negara itu selama lebih 10 hari telah berjaya dikawal, selepas memusnahkan kawasan luas hutan dan ladang serta memaksa pemindahan penduduk.

    Dalam satu kenyataan di Facebook, agensi tersebut menyatakan bahawa “penyebaran api telah dihentikan dan semua kebakaran berjaya dikawal pada Sabtu”, sambil menambah bahawa pasukan penyelamat sedang menjalankan kerja-kerja penyejukan dan pemantauan bagi mengelak kebakaran semula.

    Kebakaran itu berlaku di wilayah pesisir Latakia. Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), sekitar 100 kilometer persegi hutan dan tanah pertanian telah musnah dalam kejadian tersebut.

    Sepanjang operasi pemadaman, pasukan kecemasan Syria berdepan cabaran hebat seperti suhu tinggi, angin kencang, kawasan bergunung-ganang yang sukar, serta bahaya sisa letupan akibat konflik lalu. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda