Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan di barat Kanada, 17,500 terpaksa berpindah

    OTTAWA, 24 JULAI – Kira-kira 17,500 penduduk di Alberta dipindahkan akibat kebakaran hutan di Jasper dan kawasan berhampiran, lapor Xinhua, kelmarin.

    Taman Negara Jasper iaitu taman terbesar di Canadian Rockies termasuk kawasan bandar Jasper telah dikosongkan lewat malam Isnin.

    Pihak berkuasa di wilayah Alberta, perbandaran Jasper dan Taman Negara Jasper, kelmarin, memaklumkan operasi pemindahan dari bandar dan taman terbabit berjalan dengan lancar.

    Sementara itu, British Columbia Wildfire melaporkan sekitar 300 kebakaran hutan aktif, manakala Alberta Wildfire melaporkan 176 kebakaran hutan yang aktif, kelmarin.

    Indeks Kualiti Udara (AQHI) di Calgary mencapai tujuh (berisiko tinggi), dengan beberapa lokasi termasuk Edmonton dan Red Deer mencecah 10 (penarafan tertinggi pada skala AQHI), lapor CTV News. – Bernama

    Gambar dron udara menunjukkan kebakaran hutan di Steamboat Mountain, kawasan timur laut British Columbia, Kanada pada 17 Julai 2024. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda