Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan di California, ribuan penduduk diarah berpindah

    OROVILLE, AMERIKA SYARIKAT, 4 JULAI – Ribuan orang telah diarah berpindah ketika kebakaran hutan membara di luar kawalan di utara California, dengan sebahagian besar Amerika Syarikat (AS) dalam cengkaman gelombang haba “pecah rekod dan berbahaya“ yang merumitkan usaha memadam kebakaran.

    Lebih 3,500 ekar (1,400 hektar) rumput dan hutan telah terbakar sejak Selasa apabila kebakaran tercetus di luar Oroville.

    Pekan itu, berhampiran ibu negeri Sacramento, hanya 38 kilometer dari Paradise, sebuah komuniti yang musnah pada 2018 oleh kebakaran paling dahsyat dalam sejarah California, yang meragut 85 nyawa.

    Garrett Sjolund, ketua bomba Butte County, berkata kawasan itu berada di bawah apa yang digelar “amaran bendera merah.”

    “Keadaan di daerah kita pada musim panas ini jauh berbeza daripada yang kita alami dua musim panas yang lalu,” katanya kepada pemberita.

    “Bahan api sangat tumpat. Belukar kering, dan seperti yang awda lihat, sebarang angin akan memarakkan api dengan cepat.”

    Lebih 25,000 orang di kawasan itu diarah berpindah kelmarin, lapor sekutu setempat NBC, KCRA. – AFP

    Seorang penduduk bergegas untuk melindungi harta bendanya ketika kebakaran Grubbs menghampiri sebuah rumah di kawasan Palermo di Oroville, California pada 3 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda