Tuesday, April 15, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan di Hadong berjaya dikawal

    HADONG, 8 APRIL – Kebakaran hutan di daerah selatan Hadong, Korea Selatan, berjaya dikawal sebahagian besarnya hari ini, sehari selepas api kembali marak di wilayah yang dilanda kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negara itu, bulan lepas.

    Kebakaran utama berjaya dikawal di Hadong, kira-kira 290 kilometer tenggara Seoul, menjelang 11 malam semalam, dengan 99 peratus daripadanya berjaya dipadamkan, menurut Perkhidmatan Perhutanan Korea.

    Perkhidmatan perhutanan mengeluarkan tahap tindak balas kebakaran Tahap 2 dan mengerahkan 36 buah helikopter serta anggota lain untuk memadamkan kebakaran itu, tetapi gagal mengawal api besar sebelum matahari terbenam.

    Sejak itu, pihak berkuasa mengerahkan 72 unit peralatan dan 753 anggota untuk meneruskan operasi memadamkan kebakaran sepanjang malam.

    Perkhidmatan perhutanan merancang untuk mengerahkan helikopter ke lokasi kejadian sekali lagi selepas matahari terbit.

    Sementara itu, 506 penduduk yang terjejas akibat kebakaran telah dipindahkan ke sekolah berdekatan sebagai langkah keselamatan, kata pegawai. – Bernama

    Seorang lelaki bercakap dengan anaknya di telefon di hadapan rumahnya sementara kebakaran hutan sedang berlaku di Korea Selatan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda