Sunday, June 30, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Kebakaran hutan di Turkiye ragut 5 nyawa, 44 cedera

    ISTANBUL, 21 JUN – Lima orang maut dan berpuluh-puluh cedera, 10 daripadanya serius, ketika kebakaran hutan melanda beberapa kampung di tenggara Kurdish Turkiye semalaman, kata menteri kesihatan pada hari ini.

    “Lima orang maut dan 44 cedera, 10 parah,” apabila kebakaran melanda dua kawasan antara bandar Diyarbakir dan Mardin, Menteri Kesihatan Fahrettin Koca menulis di X.

    Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan api besar menerangi langit malam dengan kepulan asap yang berkepul-kepul ke udara.

    Koca berkata empat pasukan kecemasan dan 35 ambulans dihantar ke tempat kejadian.

    Secara berasingan, Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata kebakaran bermula lewat kelmarin di kawasan kira-kira 30 kilometer ke selatan Diyabakir dan cepat merebak akibat angin kencang, menjejaskan lima kampung.

    “Malangnya tiga warga kawasan Diyarbakir dan dua di kawasan Mardin kehilangan nyawa,” tulisnya di X. – AFP

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...