Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan hampiri kawasan perumahan Turkiye

    ISTANBUL, 14 OGOS – Kebakaran hutan di daerah pusat wilayah Canakkale, barat laut Turkiye semakin marak kelmarin akibat angin kencang, dengan api merebak ke kawasan perumahan berhampiran, lapor Xinhua memetik media tempatan.

    Stesen penyiar NTV melaporkan sebanyak 11 pesawat pemadam kebakaran dan 250 anggota dikerahkan untuk mengawal kebakaran terbabit.

    Kebakaran hutan turut dilaporkan di beberapa buah wilayah lain termasuk Antalya, Canakkale, Edirne, Manisa, Hatay, Bolu dan Izmir sejak beberapa hari lalu.

    Media tempatan juga melaporkan seorang pekerja perhutanan terkorban, manakala empat rakan sekerjanya cedera selepas kenderaan yang me-reka naiki hilang kawalan ketika dalam perjalanan untuk memadam kebakaran di daerah Hasanbeyli, Osmaniye. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda