PARIS, 3 OGOS – Kebakaran hutan besar-besaran di Kanada telah mencatatkan dua kali ganda pencemaran asap berbanding rekod sepanjang tahun sebelumnya, kata pemantau iklim EU hari ini, dengan api dijangka terus membakar hutan selama beberapa minggu bahkan berbulan-bulan.
Kebakaran hutan yang meranapkan kira-kira 30 juta ekar kawasan setakat tahun ini. Ia memusnahkan kawasan yang lebih besar daripada saiz Cuba atau Korea Selatan.
Kepulan asap besar-besaran telah menyesakkan udara di Kanada dan negara jiran Amerika Syarikat (AS), menjejaskan lebih 100 juta orang dan ada kalanya mengganggu penerbangan dan memaksa pembatalan acara luar.
Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS) di Eropah berkata ia telah mengesan kebakaran sejak musim panas bermula pada awal Mei, ketika kebakaran itu melanda kawasan yang luas di negara itu.
Sehingga akhir Julai, ia berkata jumlah pelepasan karbon bagi tahun ini setakat ini kini mencecah dua kali ganda daripada pencemaran asap tahunan penuh dari 2014, tahun rekod sebelumnya. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P12-A-AP_04082023.jpg)