Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan musnahkan lebih 30,000 hektar di Sepanyol

    MADRID, 19 OGOS – Kebakaran hutan memusnahkan lebih 30,000 hektar di kawasan barat Sepanyol dalam masa kurang daripada 24 jam, menurut data satelit hari ini, tetapi suhu yang lebih sejuk telah menambah harapan ia akan dibendung.

    Kira-kira 373,000 hektar hutan telah terbakar di Sepanyol tahun ini setakat 0700 GMT hari ini, menurut Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah.

    Ia menandakan musim kebakaran terburuk negara itu sejak rekod bermula pada 2006, mengatasi 2022, apabila 306,000 hektar hangus terbakar. Sebahagian besar kemusnahan berpunca daripada kebakaran besar selama lebih seminggu di wilayah barat laut Zamora dan Leon, wilayah Ourense Galicia, dan Caceres di wilayah barat Extremadura.

    Pihak berkuasa telah memindahkan beribu-ribu penduduk dari berpuluh-puluh kampung.

    Beberapa jalan utama ditutup dan perkhidmatan kereta api antara Madrid dan Galicia telah ditangguhkan.

    Perdana Menteri Pedro Sanchez dijangka melawat kawasan yang dilanda kebakaran di Zamora dan Caceres hari ini.

    Sementara pegawai memberi amaran bahawa kebakaran masih sukar untuk dipadamkan, akan tetapi penghujung gelombang haba 16 hari telah mempertingkat keadaan kepada anggota bomba.

    Suhu maksimum telah menurun sebanyak 10 hingga 12 darjah Celsius dan tahap kelembapan meningkat, kata wakil kerajaan pusat di Castile dan Leon, Nicanor Sen. – AFP

    Kebakaran hutan berhampiran ladang anggur di kampung Vilarino, di perbandaran Carballeda de Avia, barat laut Sepanyol pada 17 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda