Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan musnahkan puluhan rumah

    ANGLET, PERANCIS, 31 JULAI – Satu kebakaran hutan di tengah pantai peranginan Perancis berjaya dikawal pada awal hari ini selepas memusnahkan hampir satu dozen rumah dan memaksa kira-kira 100 orang berpindah semalaman, kata pegawai.

    Kebakaran meletus lewat semalam di taman hutan Chiberta di Anglet, barat daya Perancis, dengan pantainya terletak di utara Biarritz menarik pemain luncur air dari seluruh dunia.

    Suhu tinggi yang mencecah 42 darjah Celsius memburukkan lagi kebakaran yang meranapkan 165 hektar hutan pada keseluruhannya.

    “Api berjaya dikawal, keadaan telah bertambah baik sejak malam semalam walaupun masih terdapat dua atau tiga kawasan bintik panas, jadi masih timbul risiko ia mungkin meletus sekali lagi,” beritahu datuk bandar Anglet, Claude Olive kepada AFP.

    Wilayah tempatan itu berkata 11 rumah dimusnahkan dan lima lagi tidak dapat dihuni, dan 16 orang menerima rawatan kerana tersedut asap, termasuk seorang anggota bomba dan beberapa pegawai polis.

    Asap menusuk hidung menyelubungi bandar apabila 130 anggota bomba bergelut memadamkan api, di mana puncanya masih belum diketahui, kata Olive.

    Penduduk menggambarkan kebakaran yang merebak dengan cepat menerusi pokok pain, yang seperti kebanyakan kawasan Basque Perancis telah melihat cuaca amat kering pada musim panas ini. – AFP

    Anggota bomba bergelut memadamkan kebakaran besar di hutan Chiberta di Anglet, barat daya Perancis pada 30 Julai 2020. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda