Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kebakaran hutan paksa 2,000 orang berpindah

    MADRID, 9 JUN – Kira-kira 2,000 orang telah dipindahkan semalaman ketika api semakin marak di kawasan hutan di selatan Sepanyol di kawasan yang dilanda kebakaran hutan hanya sembilan bulan lalu, kata penyelamat kelmarin.

    Kebakaran dilaporkan bermula pada petang kelmarin di kawasan pergunungan Sierra Bermeja, yang terletak di pedalaman dari pusat peranginan Estepona.

    Wilayah ini dilaporkan sedang bersiap sedia bagi gelombang haba yang dijangka menyebabkan suhu melebihi 40 darjah Celsius dalam beberapa hari akan datang.

    “Hampir 1,000 orang telah dikerahkan untuk membantu usaha memadam kebakaran dan memastikan keselamatan di kawasan Pujerra,” menuruAt perkhidmatan kecemasan 112 di wilayah selatan Andalusia dalam laman Twitter.

    Daripada jumlah tersebut, kira-kira seramai 500 adalah merupakan daripada anggota bomba hutan.

    Usaha dalam mengawal kebakaran terbukti sangat rumit disebabkan angin kencang, kekurangan penglihatan dan kesukaran untuk melalui kawasan curam dan pergunungan.

    “Secara keseluruhan, kira-kira 2,000 orang telah dipindahkan,” lapor perkhidmatan kecemasan.

    Bercakap pada petang kelmarin, ketua wilayah Andalusia, Juanma Moreno berkata, tiga anggota bomba hutan mengalami kcederaan semasa usaha mengawal kebakaran, salah seorang daripadanya mengalami 25 peratus melecur dan telah dibawa ke unit melecur di hospital Malaga.

    “Malam yang sukar di Sierra Bermeja,” tulis Perdana Menteri Pedro Sanchez dalam laman Twitter sambil mengucapkan terima kasih kepada penyelamat dan anggota bomba atas tugas-tugas pemadaman yang telah dibuat. – AFP

    Perkhidmatan kecemasan mengerahkan hampir 1,000 orang anggota bomba, anggota tentera dan kru sokongan untuk memadam kebakaran hutan di Pujerra, Malaga kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...