Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan paksa penduduk berpindah

    SYDNEY, 1 OKT – Kebakaran hutan yang di luar kawalan memaksa ratusan penduduk dan pelancong meninggalkan beberapa bandar wilayah tenggara Australia hari ini, ketika negara itu dilanda suhu yang ekstrem.

    Penduduk di empat bandar di wilayah negeri Victoria, Gippsland sebuah kawasan taman negara dan kilang anggur yang popular dalam kalangan pelancong, diminta supaya berpindah serta-merta manakala penduduk di tiga bandar lain dan kawasan sekitarnya diberi amaran untuk bersiap sedia untuk beredar.

    Antara mereka yang berjaya melarikan diri ialah penduduk Briagolong, Rob Saunders, yang melihat api menghampiri rumahnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda