TOKYO, 27 FEB – Seorang maut dalam kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 80 bangunan dan memaksa ratusan penduduk di Jepun dipindahkan, kata pihak berkuasa hari ini.
Helikopter tentera telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di kawasan hutan Ofunato di wilayah utara Iwate. Menerusi siaran video udara daripada penyiar awam NHK menunjukkan kebakaran itu telah menyebabkan beberapa buah rumah musnah.
Hampir 600 penduduk berhampiran telah dipindahkan, menurut perbandaran Ofunato.
Setakat hari ini, pegawai bandar menganggarkan kira-kira 84 bangunan telah musnah dalam kebakaran itu. – AFP
