Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan semakin teruk di Rusia, Amerika Utara

    PARIS, 16 JULAI – Kebakaran hutan yang melampau merebak ke seluruh Rusia dan Amerika Utara dan menyelubungi kawasan itu dengan asap, kata pemantau iklim Kesatuan Eropah (EU) hari ini sambil memberi amaran mengenai keadaan lebih buruk akan datang.

    Copernicus berkata, keadaan panas dan kering yang luar biasa menyebabkan kebakaran di Siberia, Kanada dan Alaska serta ‘peningkatan luar biasa’ gas pemanasan planet apabila kawasan besar hutan terbakar.

    Kepulan asap yang mengandungi abu dan zarah berbahaya daripada kebakaran hutan di timur Rusia telah ditiup sejauh 3,000 kilometer merentasi bahagian timur Mongolia, timur laut China dan utara Jepun.

    Tahap ‘sangat tinggi’ beberapa bahan pencemar bawaan udara di rantau itu adalah berkali-kali ganda daripada had selamat yang diterima secara global, kata Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS).

    Beberapa bahagian Kanada berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika api melanda wilayah-wilayah barat, manakala hampir 250,0000 hektar di Alaska telah musnah akibat kebakaran tahun ini pada permulaan awal musim kebakaran hutan.

    Gambar Unsplash

    “Kebakaran hutan semasa sudah berada pada tahap rekod di beberapa wilayah dan dengan separuh kedua musim panas masih akan datang, lebih banyak pelepasan kebakaran yang melampau dijangkakan, dan kami akan memantau dengan teliti bagaimana ia berkembang dan bagaimana ia memberi kesan kepada kualiti udara,” kata saintis kanan CAMS, Mark Parrington.

    Asap api liar mengandungi zarah bawaan udara halus yang boleh masuk jauh di dalam paru-paru apabila disedut dan berbahaya kepada kesihatan manusia.

    Kebanyakannya disebabkan oleh sambaran petir, kebakaran hutan adalah sebahagian daripada kitaran semula jadi hutan boreal, yang mengelilingi hemisfera utara jauh dan tebal, terpencil dan sukar untuk diakses.

    Apa yang dipanggil ‘kebakaran zombi’ boleh membara di bawah permukaan semasa musim sejuk, bertahan dengan bahan api yang kaya dengan karbon sebelum menyala

    semula pada permulaan musim bunga atau musim panas. Tetapi wilayah ini juga menjadi panas dengan cepat dan hutan di sana “telah mengalami peningkatan ketara dalam bila-ngan dan intensiti kebakaran hutan sejak dua dekad yang lalu,” kata Copernicus.

    Para saintis telah menyifatkan peningkatan kebakaran hutan di Siberia yang terkenal dengan cuaca dingin sebagai isyarat jelas bahawa sistem semula jadi Bumi secara asas-nya diubah oleh pemanasan global. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda