Friday, March 21, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran hutan, tanah gambut terkawal di Miri

    MIRI, 4 OGOS – Kebakaran hutan dan tanah gambut di Kuala Baram sejak Khamis lepas berjaya dikawal dengan kawasan kebakaran hanya seluas 20.23 hektar hari ini.

    Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, jumlah keluasan kebakaran yang berjaya dipadamkan dalam operasi yang dijalankan mulai pukul 10 pagi tadi dibantu pekerja dari syarikat korporat berhampiran ialah 4.04 hektar.

    “Kebakaran mula dikesan di kawasan tersebut pada jam 10:28 pagi pada Khamis lepas di Lot 4041 dan mula merebak ke kawasan lain sehingga menuju hutan berdekatan kawasan ladang Shin Yang semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Law berkata, jumlah kawasan terbakar dalam tempoh dalam tempoh tiga hari tersebut (1 hingga 3 Ogos) ialah 101.17 hektar (250 ekar) yang telah dipadamkan dan ada terpadam dengan sendiri sehingga meninggalkan sedikit asap.

    Kebakaran hutan dan tanah gambut adalah punca utama jerebu yang melanda bandar raya Miri. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda