Tuesday, March 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran kapal kargo Belanda masuk hari kedua

    THE HAGUE, 27 JULAI – Pihak berkuasa hari ini berlumba untuk mencegah kemungkinan bencana ekologi di luar pantai Belanda di mana api melanda sebuah kapal pengangkut kereta untuk hari kedua.

    Kapal Fremantle Highway, yang membawa bendera Panama, kekal terikat pada kapal penyelamat tetapi sedang hanyut ke arah barat berikutan kebakaran yang berlaku di atas kapal lewat pada hari Selasa.

    “Api masih marak di atas kapal,” kata Pengawal Pantai Belanda dalam kemas kini terkini.

    Fremantle Highway ‘kini berada 8.6 batu nautika dari pulau Terschelling’, katanya, sambil menambah: “Kapal itu kini berada di luar lorong lalu lintas perkapalan, supaya kapal-kapal lain boleh melaluinya pada jarak yang selamat”.

    “Suhu di atas kapal masih sangat tinggi dan memadamkan api menjadi sukar,” kata jurucakap Pengawal Pantai, Edwin Granneman.

    “Jika terlalu banyak air masuk ke atas kapal, ia boleh menjejaskan kestabilannya,” katanya kepada stesen radio berita BNR. – AFP

    Asap masih kelihatan dari kapal kargo di Laut Utara, kira-kira 27 kilometer di utara pulau Ameland Belanda, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda