Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran kapal pengangkut kereta reda

    AMSTERDAM, 28 JULAI – Kebakaran di kapal pengangkut kereta, Fremantle Highway yang terletak di luar pantai Belanda telah reda, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Suhu di dalam kapal juga didapati telah menurun, menurut jurucakap pengawal pantai.

    Kapal pengangkut yang memuatkan kira-kira 3,800 kereta, kini berada pada kedudukan kurang 17 kilometer di utara pulau Terschelling.

    Fremantle Highway terbakar pada awal Rabu di luar kepulauan Ameland. Anak kapal telah dipindahkan, tetapi seorang mangsa meninggal dunia ketika proses itu.

    Menurut pengawal pantai, operasi memadam kebakaran masih sukar. Sebuah pesawat dijadualkan untuk mengambil gambar dan memeriksa bacaan suhu pada pagi hari ini.

    Terdapat kebimbangan mengenai bencana alam di Laut Wadden jika kapal pengangkut itu tenggelam, terbalik, atau terbelah. Sebagai langkah berjaga-jaga, sebuah kapal khas untuk membersihkan minyak berat telah diikat terus berdekatan dengan Fremantle Highway. – Bernama

    Asap kelihatan dari kapal kargo di Laut Utara, kira-kira 27 kilometer di utara pulau Ameland, Belanda baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda