Wednesday, November 6, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran kelab karaoke di Vietnam, enam dipenjara

    HANOI, 30 OKT – Sebuah mahkamah di Vietnam hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas enam orang, termasuk empat pegawai polis, berhubung kebakaran yang melanda sebuah kelab karaoke dua tahun lalu, mengakibatkan 32 orang terbunuh.

    Kebakaran di sebuah provinsi berhampiran pusat perniagaan Bandar Ho Chi Minh itu mengejutkan Vietnam dan membawa kepada penutupan ribuan kelab karaoke di seluruh negara kerana gagal memenuhi peraturan kebakaran.

    Mahkamah di provinsi Binh Duong selatan itu menghukum pemilik bar, seorang kontraktor yang terlibat dalam pembinaannya, dan empat pegawai polis atas dakwaan melanggar peraturan kebakaran dan kecuaian.

    Pemilik bar, Le Anh Xuan, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun, manakala kontraktor sistem pencegahan kebakaran bar tersebut dijatuhi hukuman lima tahun.

    Empat pegawai polis dijatuhi hukuman penjara antara empat hingga tujuh setengah tahun.

    Dalam kata-kata terakhirnya di mahkamah minggu lalu, pemilik bar Le Anh Xuan meminta maaf kepada mangsa dan keluarga mereka, mengatakan “kesilapan saya telah menyebabkan kerugian besar.” – AFP

    Pemilik bar karaoke, An Phu, Le Anh Xuan (depan, dua dari kiri) duduk bersama defendan yang dibicarakan berhubung kebakaran bar karaoke yang meragut nyawa pada 2022 di sebuah mahkamah di provinsi Binh Duong, selatan Vietnam, pada 25 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda