Thursday, January 2, 2025
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran kereta api Pakistan ragut tujuh nyawa

    KARACHI, PAKISTAN, 27 APRIL – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh selepas sebuah gerabak dalam kereta api penumpang yang sedang bergerak terbakar semalaman di selatan Pakistan, kata pegawai hari ini.

    Pegawai kereta api, Mohsin Sial berkata kereta api itu terbakar di Khairpur, sebuah daerah kira-kira 500 kilometer di utara Karachi, ibu kota wilayah Sindh.

    Beliau berkata enam orang maut dalam kebakaran itu manakala seorang wanita maut apabila dia terjun dari tingkap kereta api yang sedang bergerak.

    Kebakaran itu turut menyebabkan beberapa gerabak lain rosak teruk, katanya, dan puncanya masih tidak jelas.

    Rakaman TV menunjukkan beberapa bahagian kereta api yang terbakar, yang dalam perjalanan dari Karachi ke bandar timur Lahore, apabila sebuah gerabak terbakar. Media tempatan melaporkan bahawa api merebak melalui kereta api semalam, menyambar beberapa gerabak.

    Di Pakistan, penumpang miskin sering membawa dapur gas kecil mereka sendiri di dalam kereta api untuk memasak makanan mereka, walaupun peraturan menghalang amalan itu.

    Peraturan keselamatan sering diabaikan dalam kereta api yang sesak. Kemalangan kereta api di Pakistan selalunya berpunca daripada infrastruktur kereta api yang lemah dan kecuaian rasmi. – AP

    Pengakap memindahkan mayat mangsa berikutan kebakaran semalaman dalam gerabak kereta api penumpang Ekspres Karachi pada 27 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda