MADRID, 3 NOV – Kebakaran hutan yang disemarakkan oleh angin melanda timur Sepanyol pada hari ini dan beratus-ratus orang telah dipindahkan, kata pihak berkuasa tempatan.
Kebakaran meletus semalam berhampir-an perkampungan Montichelvo di wilayah pantai Valencia dan setakat ini menjejaskan sehingga 1,400 hektar tanah, kata per-khidmatan kecemasan di X, sebelum ini di Twitter.
Lebih 600 orang telah dipindahkan, termasuk penduduk sebuah pusat kesihatan mental di kampung Ador, beritahu pegawai tempatan kepada televisyen awam TVE.
Tiupan angin sehingga 120 kilometer sejam menghambat usaha memadam kebakaran, tambah mereka.
Sepanyol dilanda angin kencang semalam ketika Ribut Ciaran membadai Eropah Barat, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang maut dihempap pokok yang tumbang di Madrid. – AFP