Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Kebakaran mengganas di Perancis

    HOSTENS, PERANCIS, 11 OGOS – Para pegawai memberi amaran hari ini tentang kebakaran besar yang boleh merebak di barat daya Perancis yang kering, kawasan kebakaran paling teruk yang telah menjejaskan sebahagian besar negara itu minggu ini.

    Perdana Menteri Elisabeth Borne akan bertemu dengan pihak berkuasa yang menangani kebakaran Landiras di selatan Bordeaux dan bantuan lanjut dijangka untuk 1,100 anggota bomba di lokasi, menurut wilayah jabatan Gironde.

    Perancis telah dilanda musim panas dengan kemarau bersejarah yang memaksa sekatan penggunaan air di seluruh negara, serta beberapa siri gelombang panas yang menurut pakar didorong oleh perubahan iklim.

    “Keadaan amat sukar: tumbuh-tumbuhan dan tanah sangat kering,” menurut wilayah itu dalam satu kenyataan, memberi amaran bahawa haba kering melampau berkemungkinan berlaku sehingga Ahad ini.

    “Terdapat risiko wabak baharu yang sangat serius.”

    Anggota bomba semasa memadam kebakaran dekat Saint-Magne, selatan Bordeaux, Perancis pada 10 Ogos. – AP

    Suhu di rantau itu boleh melebihi 40 Celsius hari ini, ramal biro kaji cuaca.

    Kebakaran Landiras meletus pada Julai – bulan paling kering disaksikan di Perancis sejak 1961 – memusnahkan 14,000 hektar dan memaksa ribuan orang berpindah sebelum ia berjaya dikawal.

    Namun ia terus membara di hutan pain yang kering dan tanah gambut, dan pegawai mengesyaki pembakaran sengaja mungkin berperanan dalam kebakaran terbaharu itu, yang telah memusnahkan 6,800 hektar sejak Selasa.

    Ketika ini, lapan kebakaran hutan terbesar mengganas di Perancis dan Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, yang juga dijangka bertemu pegawai Gironde hari ini, berkata Sweden dan Itali menghantar pesawat pemadam kebakaran untuk memberi bantuan.

    Manakala, Presiden Emmanuel Macron menambah dalam Twitter bahawa Jerman, Greece, Poland, Romania dan Austria turut memberikan bantuan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI - Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini,...