Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran musnah 4,000 ekar hutan

    ATHENS, 23 OGOS – Usaha memadamkan kebakaran hutan di selatan semenanjung Mani di Greece diteruskan untuk hari kedua hari ini, kata jabatan bomba, dengan 150 anggota bomba dikerah dan penduduk beberapa kampung dipindahkan.

    Sementara kebakaran masih belum dipadamkan, jurucakap jabatan bomba berkata situasi telah ‘meningkat’ kerana api telah dikawal di ‘kawasan yang terbakar sebelum ini.’

    Hampir 50 kereta bomba dan 10 pesawat udara dihantar untuk membantu anggota bomba, sementara balai pengawasan Greece berkata asap daripada kebakaran, dipercayai telah membakar 4,000 ekar hutan dan tanah pertanian, dapat dilihat dari udara.

    Lima kampung telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga semalam, namun kawasan tanpa penghuni adalah selamat daripada bahaya.

    Jabatan bomba tidak dapat mengesahkan laporan dari penyar ERT mengatakan dua anggota bomba mengalami kecederaan dalam operasi.

    Kebakaran hutan merupakan cabaran tahunan untuk Greece semasa musim panas, dengan angin kencang dan suhu sering melebihi 30 darjah Celsius. Jabatan bomba berkata hari ini ia telah dipanggil untuk memadamkan 50 kebakaran hutan dalam tempoh 24 jam lalu.

    Dua tahun lalu, 102 orang terbunuh di tempat peranginan pantai Mati berhampiran Athens dalam kebakaran paling teruk di Greece. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda