Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran musnahkan kilang di Vietnam

    HANOI, 12 JAN – Kebakaran yang berlaku di sebuah kilang di wilayah Bac Ninh, utara Vietnam awal pagi kelmarin, telah memusnahkan kawasan seluas 4,900 meter persegi, menurut agensi berita Vietnam (VNA).

    Tiada kematian dilaporkan setakat ini, namun kebakaran telah menyebabkan kehilangan harta benda yang dianggarkan sekitar berbilion-bilion dong Vietnam.

    Beberapa pekerja syarikat ESD Korea Vina, pengilang produk plastik bertempat di zon perindustrian Que Vo, mengetahui mengenai kebakaran tersebut sekitar 4 pagi kelmarin, menurut akhbar tempatan, Tuoi Tre (Youth).

    Kebakaran yang merebak ke kawasan seluas 4,900 meter persegi, berjaya dikawal sekitar pukul 8:15 pagi pada hari yang sama.

    Penggunaan bahan kimia dan bahan berasaskan plastik bersama angin yang kuat telah mendorong api merebak cepat dan meluas, menurut akhbar Tuoi Tre, sambil menambah pihak berkuasa sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian.

    Vietnam melaporkan 1,764 kes kebakaran dan letupan pada tahun 2022 yang telah meragut 122 nyawa, mencederakan 122 orang dan menyebabkan kehilangan harta benda sebanyak 602.3 bilion dong Vietnam (AS$25.5), menurut Pejabat Perangkaan Am negara. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda