Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran musnahkan lebih 13,000 ekar

    LOS ANGELES, 13 OKT – Anggota bomba California dikerahkan untuk memadam api kebakaran hari ini yang bergerak pantas membakar lebih daripada 13,400 ekar dan mengarahkan pemindahan sejak kelmarin, menurut pihak berkuasa tempatan.

    Kebakaran di ngarai yang kering kira-kira 32 kilometer (km) di barat laut Santa Barbara, kebakaran Alisai hanya mampu dibendung sebanyak lima peratus, menurut perkhidmatan hutan AS.

    Lebih daripada 765 anggota telah dikerahkan, yang terbaharu dalam musim kebakaran hutan yang membinasakan.

    “Cabaran utama adalah angin kencang yang mengehadkan laluan selamat untuk memadam kebakaran mengunakan pesawat,” menurut laporan kejadian.

    Punca kebakaran, yang bermula berhampiran empangan Alisal pada hari Isnin lalu, masih berada dalam siasatan, kata agensi bomba negeri, Cal Fire.

    Jabatan Syerif daerah Santa Barbara mengeluarkan arahan pemindahan segera sejauh 10 batu antara El Capitan Beach State Park dan ngarai Arroyo Hondo, sementara sebahagian lebuh raya 101 dan laluan kereta api tempatan telah ditutup.

    Alisal merupakan kebakaran terbaharu untuk memusnahkan California, yang dilanda oleh kebakaran semakin besar dan memecahkan rekod.

    Pada akhir bulan Julai, jumlah ekar yang terbakar di California meningkat lebih daripada 250 peratus dari tahun 2020 – yang merupakan tahun kebakaran terburuk dalam sejarah moden negeri tersebut.

    Ahli saintis mengatakan aktiviti manusia, termasuk pembakaran bahan bakar fosil yang tidak terkawal, membuatkan bumi menjadi lebih panas dan mengubah corak cuaca, menjadikan api liar lebih panas dan lebih merosakkan. – AFP

    Kebakaran Alisal telah memusnahkan lebih daripada13,400 ekar kawasan di ngarai kira-kira 32 kilometer di barat laut Santa Barbara, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda