Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran ragut 7 nyawa dikaitkan dengan perdagangan dadah

    NICE, 23 JULAI – Kebakaran yang mengorbankan tujuh ahli keluarga termasuk empat kanak-kanak di bandar Nice di selatan Perancis minggu lalu dikaitkan dengan konflik antara penyeludup dadah, kata pendakwa raya kelmarin.

    Kebakaran minggu lalu di tingkat atas sebuah bangunan tujuh tingkat di Nice mengorbankan tujuh orang termasuk kanak-kanak berusia lima, tujuh, 10 dan 17 tahun dalam sebuah apartmen.

    Bercakap kepada pemberita, pendakwa raya Nice, Damien Martinelli berkata pihak berkuasa ‘secara aktif’ memburu tiga suspek yang telah dikenal pasti, termasuk seorang remaja berusia 17 tahun.

    Dua lagi suspek telah pun ditahan iaitu pemandu kereta berusia 25 tahun yang membawa penjenayah ke tempat kejadian dan seorang suspek yang disyaki membakar, berusia 21 tahun.

    Merujuk kepada motif, Martinelli berkata penyiasat telah mengesahkan hubungan dengan ‘konflik berkaitan penyeludupan dadah.’

    Blok pangsapuri itu terletak di kawasan kejiranan Moulins dengan penduduk berpendapatan rendah yang sering dibelenggu kegiatan pengedaran dadah dan keganasan untuk mengawal tempat strategik. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda