Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran rosakkan sebahagian kediaman raja Kemboja

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 13 MAC – Kebakaran merosakkan sebahagian kediaman wilayah Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni berhampiran kompleks kuil terkenal, pegawai-pegawai berkata hari ini, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

    Kebakaran berlaku pada malam tadi di bandar barat laut Siem Reap, merosakkan bumbung salah satu bangunan yang lebih kecil di kompleks itu.

    Raja berusia 69 tahun itu kini berada di Beijing untuk pemeriksaan kesihatan rutin.

    Menteri Penerangan, Khieu Kanharith berkata, tiada lapo-ran mengenai sesiapa yang cedera.

    Kementerian Istana Diraja hari ini menyalahkan punca kebakaran disebabkan kerosakan elektrik.

    Video dari agensi berita negara AKP menunjukkan kebakaran sebelum kru kecemasan mengawalnya dan jelas menghalang kerosakan besar pada bangunan kediaman utama.

    Vila besar itu adalah rumah rasmi raja ketika berada di Siem Reap.

    Kediaman utama Raja Sihamoni ialah sebuah istana di dalam kawasan berdinding di ibu kota, Phnom Penh. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda