Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran rumah di Serbia ragut enam nyawa

    BELGRADE, 23 OGOS – Kebakaran rumah di bandar utara Serbia awal hari ini mengorbankan enam orang, termasuk empat kanak-kanak, kata polis.

    Kebakaran itu berlaku sekitar jam 3 pagi di Novi Sad, kira-kira 90 kilometer di utara Belgrade, ibu negara Serbia, kata Menteri Dalam Negeri, Ivica Dacic.

    Seorang doktor kecemasan memberitahu saluran televisyen negara, RTS bahawa semua mangsa sudah meninggal dunia ketika pasukan perubatan tiba di tempat kejadian.

    Dacic berkata dalam satu kenyataan bahawa penemuan awal mencadangkan punca kebakaran mungkin disebabkan oleh skuter elektrik yang sedang dicas.

    Kanak-kanak itu berumur antara dua dan tujuh tahun, kata Dacic. Polis sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa tetapi mereka menganggap semua mangsa adalah ahli keluarga yang berdaftar di alamat tersebut, tambahnya.

    “Kebakaran ini adalah satu tragedi yang dahsyat dan seluruh Serbia sedang berkabung atas kematian tragis keluarga ini,” kata Dacic dalam satu kenyataan. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda